Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia





Barangsiapa yang mengumpulkan enam perkara, nescaya ia mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu : Pertama..Mengenal Allah. lalu mentaatiNya. Kedua..ia mengenal syaitan lalu mendurhakainya. Ketiga..ia mngenal kebenaran lalu mengikutinya. Keempat..ia mngenal yang batil, lalu manjaga diri daripadanya. Kelima..ia mengenal dunia lalu menolaknya. Keenam..ia mengenal akhirat lalu mencarinya





Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini





Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya




Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.





Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya




disiplin hati terbina dengan adanya keteguhan diri kepada ALLAH dan agamaNYA





"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya





Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya







Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama





Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan







Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela






Sesuatu yang baik,belum tentu benar.Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus




Mahkota kemanusiaan ialah rendah diri dan saling membantu

Al Fatihah untuknya...

  • Friday, May 16, 2008
  • gen14



  • Bismillahirrahmanirrahim...

    Bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada hari ini,bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan para guru kita yang telah banyak mendidik dan mencurahkan ilmu kepada kita semua.Tanpa izin Allah dan tanpa mereka,siapalah kita...Jasa & pengorbanan mereka amat bermakna dan tidak wajar dilupakan oleh kita semua.Mereka mendidik kita semua dengan penuh keikhlasan dan kesabaran serta mendoakan kita semua akan terus berjaya di dunia & di akhirat.

    Bulan Mei ini juga,sudah hampir setahun Allahyarham Cikgu Rusli b. Harun kembali ke rahmatullah kerana masalah kesihatan. Guru kesayangan ramai itu merupakan cikgu bahasa Perancis di sekolah kita dan kebikan serta budi pekertinya itu sentiasa meniti di bibir setiap insan yang mengenalinya...Justeru,bagi memperingatinya,bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan allahyarham dan Al-Fatihah untuknya..

    ""Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
    Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta Alam.
    Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang.
    Yang menguasai hari pembalasan.
    Hanya kepada Engkau kami menyembah dan memohon pertolongan.
    Tunjukkan kami jalan yang lurus.
    Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat,bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat.""
    Amin..

    Selain itu,sentiasalah kita semua turut mendoakan kesejahteraan guru-guru kita yang lain agar pekerjaan mereka terus diberkati dan terus berjaya mendidik anak bangsa.

    0 comments: