Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia





Barangsiapa yang mengumpulkan enam perkara, nescaya ia mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu : Pertama..Mengenal Allah. lalu mentaatiNya. Kedua..ia mengenal syaitan lalu mendurhakainya. Ketiga..ia mngenal kebenaran lalu mengikutinya. Keempat..ia mngenal yang batil, lalu manjaga diri daripadanya. Kelima..ia mengenal dunia lalu menolaknya. Keenam..ia mengenal akhirat lalu mencarinya





Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini





Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya




Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.





Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya




disiplin hati terbina dengan adanya keteguhan diri kepada ALLAH dan agamaNYA





"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya





Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya







Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama





Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan







Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela






Sesuatu yang baik,belum tentu benar.Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus




Mahkota kemanusiaan ialah rendah diri dan saling membantu

Berakhirnya Zaman Persekolahan

  • Tuesday, May 13, 2008
  • gen14
  • Alhamdulillah ANDA semua telah semua sudah tamat peperiksaan SPM dan kini memulakan satu jejak baru ke alam pengajian tinggi. Azam sudah, usaha sudah, bertawakkal dan pasrah pada Nya. Sekarang, hasil jerit payah anda kini sudah terjawab dengan keputusan SPM masing-masig. Nilai dan muhasabahlah sendiri sejauh mana ANDA telah berusaha. Kepada yang cemerlang sekalung tahniah, kepada yang kurang cemerlang, ini bukan pengakhiran. Usaha lagi.

    Berakhirnya SPM juga bermaka anda sudah meninggalkan zaman persekolhan. Setelah 11 tahun menjadi pelajar sekolah, 5@2 tahun di SMAP Kajang, kini ANDA akan berjalan sendiri, berdikari untuk terus maju ke hadapn dan menjejak kejayaan dan kegemilangan dunia dan akhirat.

    Mungkin sudah ada yang memulakan pelajaran mereka di peringkat tinggi sperti rakan-rakan di Matrikulasi KPM, dan ada pula yang bakal ke Matrikulasi UIAM, Asasi Um, UiTM, UPM, USIM, dan lain-lain lag. Paling membanggakan mereka yang tak lama lagi sudah tidak berda di Malaysia lagi. Ada pula yang masih kelir uuntuk membuat pilihan yang terbaik, belajar di dalam negara, atau luar negara. Terpulanglah kepada ANDA untuk menentukan masa depan ANDA. Tahniah kepada semua, ANDA menjadikan SMAP Kajang berbangga. Bagi yang tidak kemana-mana, jangan sudah berputus harap. Aggaplah ini ujian daripada Nya. Sesungguhnya lagi sayang Allah pada hamba Nya, lagi kuat Dia menguji.

    Rasanya sudah kering idea, tidak dapat lagi dikeluarkan buah fikiran yang bernas. Bahasa pun sudah semakin tidak formal. Apa pun, kepada ANDA semua, selamat maju jaya. Semoga Allah memberkati ANDA semua.

    0 comments: