Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia





Barangsiapa yang mengumpulkan enam perkara, nescaya ia mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu : Pertama..Mengenal Allah. lalu mentaatiNya. Kedua..ia mengenal syaitan lalu mendurhakainya. Ketiga..ia mngenal kebenaran lalu mengikutinya. Keempat..ia mngenal yang batil, lalu manjaga diri daripadanya. Kelima..ia mengenal dunia lalu menolaknya. Keenam..ia mengenal akhirat lalu mencarinya





Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini





Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya




Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.





Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya




disiplin hati terbina dengan adanya keteguhan diri kepada ALLAH dan agamaNYA





"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya





Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya







Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama





Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan







Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela






Sesuatu yang baik,belum tentu benar.Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus




Mahkota kemanusiaan ialah rendah diri dan saling membantu

Cikgu Fazril dan anak muridnya

  • Thursday, November 17, 2011
  • Anonymous
  • I was skimming through my laptop. Looking for anything that can  be delete to gain more disk space. Suddenly, I saw this video in one of my video folders. The most memorable video that I had ever made. There were lots of story hidden behind the production of this video.

    The idea was started by Usaid. He gathered few men power to help him. They had put a lot of time, effort and energy in the video. However, there were few problems with the production. Sadly that project stopped and the Hari Guru event was just around the corner. Taking Usaid idea, borrowing Hatim's camera, and asking for helps from some people, we tried to revive the project. Thanks to Fazril, Farid, Nasrul, Taufik, and few other friends (as seen in the video), we were able to come out with this video. Enjoy:

    first wedding of the batch :)

  • Monday, January 24, 2011
  • gen14
  • assalamualaikum, & hello readers :)

    december 25, 2010 - the first wedding in our beloved batch, between nurull afifah and her husband, mohd hanafi was held in her hometown, negeri sembilan. selamat pengantin baru peip & husband! :)

    yeahh, all of us were invited to this meaningful day & everyone gets excited about it, as this is the first!! however not everyone managed to come, as most of us were on the semester break and went back to our hometown :( there are few pictures that were captured on
    the day, it was so wonderful & exciting to see them having good times with old friends :))


    the RAJA SEHARI :)



    the girls :)



    the friends :)




    well, goodluck to peip & husband, semoga berbahagia & dirahmati selalu :)
    yeahh, now we wonder, who's next? Hehe :)


    *sorry for the late update, due to some technical error ;p





    Where Are You Right Now?

  • Sunday, January 23, 2011
  • chalkies
  • Salam..On 29 January, 2011, SMAPK will organize it first Alumni meeting at Dewan Nik Mahyuddin Wan Musa from 10.30am till 1.30pm.. All SMAPK's Alumni are invited to join the meeting.. Where are you at this time? Let us together conquer the event..

    A snapshot from the event RSV on facebook..

    Word of Wisdom from one of our senior..

    Wait no more.. Attend the meeting and make a difference..


    A short visit to Shah Alam

  • Saturday, January 22, 2011
  • chalkies
  • Few days ago, I was in Shah Alam..For me, it was one of the best moment i ever had in my life..after years went by, I managed to meet some of our friends who did their study there..Let me name them,

    • Up
    • Tiqah
    • Kluang
    • Wallie
    • Masao
    • Din
    • Adnan
    • Tewe
    Thank you Masao and Adnan for giving my some space at their place for me to sleep..Also thanks to Wallie for inviting me to join his house mate having some BBQ in front of their house

    Even though I could't meet all of them, it was awesome to know that all my friends still remember me..hehe..really miss the school time..next month, i'll be going to sydney just to join Paijo, Jelu and Panjang to be one of the smapk community there..pray for my success as u guys always in my heart..

    *No pictures were taken that day, because everything was kept in my heart..that is the best place to keep all the memories..

    = 10K in a friendship =

  • Wednesday, December 9, 2009
  • gen14


  • This article was written in Malay since it was taken from iLuvIslam.com. Enjoy it

    * KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

    *
    KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

    *
    KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

    *
    KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

    *
    KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

    *
    KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

    *
    KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

    *
    KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

    *
    KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

    *
    KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

    Alhamdulillah, thats all 10 K that I could share about friendship. Sorry if this article made you bored, just sharing because 'Sharing is loving'.

    = Seloka 4 Uranus 2006 =

  • Tuesday, July 28, 2009
  • gen14
  • 4 URANUS '06


    Assalamualaikum pembuka bicara,
    Salam sejahter pemanis kata,
    Ini 4 Uranus punya seloka,
    Untuk santapan kita semua.

    Manis sekali berbaju kurung,
    Wajahnya ayu memakai tudung,
    Puan Mayarnis guru disanjung,
    Itulah mama kelas terulung.

    Unta berjalan di gurun Sahara,
    Tengok bonggol di belakangnya,
    Sudah dapat cam siapa dia,
    Ituhlah Hadi kita orang punya ketua.

    Amira panjang tinggi melampai,
    Jadi penolong macam bingai,
    Ketawa macam pontianak mengilai,
    Tapi disanjung ramai.

    Bukan apa hendak dikata,
    Otak bergeliga tak terkata,
    Pakar addmath suka mengira,
    Sifu Adnin jejaka dicita.

    Adus bengkek rasa nyer hati,
    Bila selalu diperhati,
    Sekali dua takpa lah lagi,
    Siapa lagi kalau bukan si gadis misteri.

    Wallie migrain, Tesco gelak nak mati,
    Dua orang sentiasa sehati,
    Time Fizik aktif sekali,
    Tanya sekali, jawab sebaldi.

    Dulu Flowerhorn sekarang kekura,
    Lepas ni apa la pula,
    Kalau gelak sampai tak terkata,
    Manja sungguh Nurul Nadia.

    Faqih budak AFU yang ceria,
    Konon suara sedap sangat la,
    Afifi power komputer orang kata,
    Tapi sebenarnya bajet saja.

    Mari Usha Wahi dan Fiqah,
    Kat ranking peksa pantang mengalah,
    Time presentation petah bermadah,
    Beribu soalan selalu diluah.

    Kiut miut orangnya,
    Sentiasa senyum tak kira masa,
    Sekepal nasi orang gelarnya,
    Aizat Mansor pula namanya.

    Nak kata Chipsmore bukan pula,
    Menjadi sebutan guru tercinta,
    Bilik sakit pilihan utama,
    Cuba teka siapakah gerangannya.

    Pengawas sekolah amanah diberi,
    Long sleeve bertali leher sepanjang hari,
    Menjalankan tugas sudahlah pasti,
    Itulah Syamsul dan Rudaini.

    Pendikir barat rajin orangnya,
    Syeikh Awie punya rahsia,
    Akak Harith conteng meja kerjanya,
    Penghibur lara di kala duka.

    Diam-diam ubi berisi,
    Menjadi penghibur di kala sepi,
    Kenapa dinding selalu dicari,
    Wahai Mawar janganlah begini,
    Kahwin nanti tak ada yang sudi.

    Bagai sami sepet bertapa,
    Fazril Amin rupanya dia,
    Siang malam merempit kerjanya,
    Itulah Hatim si budak pencinta wanita.

    Sekali tengok macam tak caya,
    Dua kali tengok betul ke dia,
    Chilli ngan Dayah macam serupa,
    Cuma saiz yang berbeza.

    Berlalu sudah seloka kami,
    Sorry lah kalau terasa hati,
    Tahun depan sama-sama kita hadapi lagi,
    SPM gempak, nama sekolah berseri.

    -------------------------
    THANK YOU
    -------------------------

    "That is an extract from An-Nur 2006. It was written by the boys of Uranus. When I read it, the image of the whole classroom came across my mind. Like the folks said, the best moment is during the school period. To all my friends, I send this message to all of you. I miss You. Thank You for every single thing."

    = The Comeback =

  • Saturday, July 4, 2009
  • gen14
  • Bismillahirahmanirrahim.

    Hopefully our batch blog will be back in operation soon. Contribution from all Batch 0307 members are welcomed. You can post any info regarding our batch, SMAPK or even about yourself.

    The gate is open now and let's fulfill the technology we have. With this blog, hopefully we can make our friendship last forever.


    Some names are not mentioned at sidebar, please don't feel like being isolated. It just that misplace some of your link. Please e-mail your name and your blog @ facebook @ myspace @ friendster @ tagged link to our e-mail.

    (musytari07@yahoo.com)

    Till then.

    .kehidupan.

  • Tuesday, October 21, 2008
  • gen14
  • Assalamualaikum w.b.t

    Tanpa kita sedari, 2008 hampir tiba ke penghujungnya..hari ini 21 syawal..
    Masa silih berganti dgn begitu pantas. Jika difikirkan sejenak, cukupkah segala amalan kita semua selama ini? Ataupun sekadar 'asalkan buat,ok la kan'?? Tidak perlu utk mjawb soalan ini, mmadai dgn mmikirkannya kembali..Mungkin ada perkara lalai y kita telah lakukan selama ini tanpa kita sedari..~~sekadar renungan utk hari ini**
    Sabda Rasulullah S.A.W. : "Apabila engkau hndak mlakukan sesuatu prkara, maka letakkanlah tgnmu ke atas dadamu, krn sesungguhnya hati itu gelisah kpd y haram & tenang kpd y halal"


    Peperiksaan akhir tahun (final exam) juga bkl tiba utk kebanyakan rakan2, terutamanya d matrikulasi, universiti ataupun d mana-mana tmpat belajar skalipun. Masa inilah y patutnya kita semua buktikan bahawa segala y dipelajari selama ini mmberi hasil@ kesan kpd kita semua. Selamat belajar. Selamat maju jaya semuanya. Semoga kita semua dapat mncapai kjayaan y kita semua impikan d dunia & d akhirat. Semoga segala yang kita semua lakukan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah=) Ukhuwah fillah.

    Al Fatihah untuknya...

  • Friday, May 16, 2008
  • gen14



  • Bismillahirrahmanirrahim...

    Bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada hari ini,bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan para guru kita yang telah banyak mendidik dan mencurahkan ilmu kepada kita semua.Tanpa izin Allah dan tanpa mereka,siapalah kita...Jasa & pengorbanan mereka amat bermakna dan tidak wajar dilupakan oleh kita semua.Mereka mendidik kita semua dengan penuh keikhlasan dan kesabaran serta mendoakan kita semua akan terus berjaya di dunia & di akhirat.

    Bulan Mei ini juga,sudah hampir setahun Allahyarham Cikgu Rusli b. Harun kembali ke rahmatullah kerana masalah kesihatan. Guru kesayangan ramai itu merupakan cikgu bahasa Perancis di sekolah kita dan kebikan serta budi pekertinya itu sentiasa meniti di bibir setiap insan yang mengenalinya...Justeru,bagi memperingatinya,bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan allahyarham dan Al-Fatihah untuknya..

    ""Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
    Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta Alam.
    Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang.
    Yang menguasai hari pembalasan.
    Hanya kepada Engkau kami menyembah dan memohon pertolongan.
    Tunjukkan kami jalan yang lurus.
    Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat,bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat.""
    Amin..

    Selain itu,sentiasalah kita semua turut mendoakan kesejahteraan guru-guru kita yang lain agar pekerjaan mereka terus diberkati dan terus berjaya mendidik anak bangsa.

    [{memorable & precious!!}]

  • gen14
  • Di mAnakah damai..??

  • Thursday, May 15, 2008
  • gen14
  • Hari ini, 15 Mei 2008 adalah hari ulang tahun ke 60 penubuhan secara rasmi negara haram Israel. Penghijrahan Yahudi telah pun berlaku beberapa tahun sebelumnya. Bahkan persediaan ke arah penubuhan ini telah pun berlaku lebih awal pada iaitu 1917 (perjanjian Balfour). Jika Barat dan seluruh dunia merayakan hari ulang tahun ini samada secara terang-terangan (seperti Australia) atau secara sembunyi, umat Islam sebaliknya harus menzahirkan sikap berbeza.

    Negara Israel adalah lambang kesatuan permusuhan dunia terhadap umat Islam. Mengikut catatan Dr. Toriq Suwaidan, pengisytiharan penubuhan negara Israel ini sebenarnya dilakukan bukan pada 15 Mei 1948 (tarikh yang dijadualkan pada asalnya), tetapi sehari sebelumnya iaitu pada 14 Mei 1948. Sejurus selepas wakil British meninggalkan Palestin, pengumuman penubuhan negara haram Israel itu dilakukan oleh Ben Guorion pada pukul 4 petang hari yang sama di Tel Aviv. Catatan yang menarik juga adalah; tidak sampai 11 minit selepas pengisytiharan tersebut, Harry S Truman, Presiden Amerika ketika itu mengisytiharkan pengiktirafan Amerika terhadap penubuhan negara haram tersebut.

    Semua kita mesti meningkatkan keazaman untuk memberikan sumbangan ke arah pembebasan Palestin. Saya nukilkan di sini wasiat Dr. Sayyid Nuh berkenaan isu Palestin sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

    “Al-Aqsa adalah amanah di atas leher umat ini bermula sejak peristiwa Rasulullah s.a.w. isra’ dan mikraj. Ia adalah amanah yang kita tanggung dan kita masih menanggungnya. Sebarang kecuaian di dalam amanah ini akan membuka pintu kejahatan yang tiada batasnya di dunia. Ada pun di akhirat kita akan ditanya oleh Tuhan, Empunya segala kemuliaan tentang ilmu yang kita ketahui dan kewajipan kita terhadap al-Aqsa.

    “Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka semuanya (pada hari kiamat kelak) terhadap apa yang mereka ketahui.” (Al-Hijr: 92).

    Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara; Tentang umurnya ke mana dihabiskan? Tentang masa mudanya ke mana dihabiskan? Tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan? Tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu.” (Riwayat Tobroni)

    Saya berharap agar kamu meletakkan perhitungan terhadap apa yang akan saya katakan. Saya tahu kamu mengetahuinya tetapi saya hanya ingin mengingatkan sahaja.

    Saya mengingatkan kamu semua tentang kewajipan menerangkan kepada manusia nilai al-Aqsa, kedudukannya di dalam jiwa umat dan kewajipan umat terhadapnya. Jangan jemu jika kamu terpaksa memberikan ceramah sekali atau dua kali atau tiga kali, khutbah sekali atau dua kali atau tiga kali dan kelas pengajian sekali atau dua kali atau tiga kali. Apa yang penting adalah kamu mesti bersungguh-sungguh menerangkan isu ini sehingga manusia mengetahui nilai al-Aqsa.

    Kamu mesti menerangkan kepada manusia bahaya yang menunggu jika kita kehilangan al-Aqsa dan Palestin. Pintu kejahatan akan terbuka. Negara, harta, jiwa dan maruah umat Islam akan dicabuli di hadapan musuh perampas yang tidak akan merahmati sesiapa pun. Umat Islam mesti memahami bahaya tersebut. Selagi mana mereka tidak memahaminya, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan bangun menunaikan tanggungjawab mereka.

    Perlu disedarkan para pemerintah. Mereka adalah orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri mereka dan diri anak-anak umat ini dan terhadap bumi yang suci. Tanggungjawab mereka berat di hari kiamat nanti. Mereka perlu bersegera menunaikan tanggungjawab ini. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa walau pun mereka berlembut dan berdiplomasi dengan musuh dan mengorbankan agama ini, akhirnya mereka akan dipijak juga oleh kaki musuh. Itu yang akan berlaku selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Allah dan tidak berusaha untuk memelihara bumi yang suci ini.

    Saudara-saudara kita mesti berkata kepada umat Islam: “Tunjukkan kemarahan anda sekarang.” Jika kemarahan ini tidak ditunjukkan sekarang, bila ianya akan ditunjukkan? Demonstrasi adalah hak yang dibenarkan bagi semua bangsa di dunia. Umat Islam mesti menunjukkan kemarahan mereka. Bukan sekadar emosi yang akan mati selepas sehari dua, tetapi kemarahan yang didasari oleh hujah dan bukti. Kita akan terus teguh begini sehinggalah para pimpinan sedar dan akan bangkitlah orang-orang yang tidur, pemalas dan manusia yang lalai dari kalangan umat ini memainkan peranan mereka. Demi Allah jika kita berterusan menunjukkan pendirian kita dan berdiri teguh, tidak ada jalan lain bagi musuh selain dari mengubah pendirian mereka. Musuh ini tidak akan mampu dikalahkan kecuali dengan kekuatan. Inilah kekuatan yang terbesar. Kekuatan ini melebihi kekuatan peluru berpandu dan bom. Umat mesti berdiri teguh. Musuh akan tahu dengan siapa mereka berhadapan dan berinteraksi jika umat menunjukkan kemarahannya.

    Kita juga perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka memberikan sumbangan kewangan untuk membangunkan kawasan ini dan sebagai duit sara hidup pejuang-pejuang yang mempertahankannya. Di sana terdapat sekelompok manusia yang mana bangun dan tidur mereka tidak ada perkara lain yang mereka fikirkan kecuali untuk mempertahankan al-Aqsa dengan jasad dan ruh mereka. Kepentingan peribadi mereka terabai. Tiada apa yang mereka lakukan untuk anak-anak dan keluarga mereka. Semua ahli keluarga bersabar menanggungnya dan berkorban untuk itu. Mereka memerlukan wang. Kita perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka untuk memberi sumbangan kewangan. Bahkan sebenarnya ia bukan sumbangan, sebaliknya ia adalah kewajipan kewangan. Sesungguhnya setiap orang Islam wajib mempertahankan agama Allah dengan dua perkara; nyawanya dan hartanya. Jika dia tidak mampu mempertahankan dengan nyawanya, lakukanlah denga hartanya dan gantikanlah bahagian nyawa tersebut dengan sumbangan tambahan harta yang lain. Dengan itu wajib ke atasnya dua bahagian; bahagian harta yang sepatutnya dan bahagian harta yang menggantikan bahagian nyawanya.

    Mereka perlu mengingatkan semua orang Islam agar berdoa. Ambillah satu malam dari seminggu. Duduklah dan berdoa kepada Allah. Samada kanak-kanak atau orang tua. Samada orang-orang yang sihat atau orang-orang yang sakit, orang tua dan uzur. Berkumpullah selepas berbuka puasa. Selepas itu mereka solat dan berdoa moga Allah mengeluarkan umat dari bencana ini dan moga musuh Allah yang menyangka bahawa mereka raja dunia dan segala isinya serta lupa kekuatan Allah akan menerima balasannya

    “Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum Aad yang pertama (kaum Nabi Hud).” (Al-Najm: 50).

    Ayat ini menunjukkan adanya kaum Aad kedua, ketiga dan keempat. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

    “Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).” (Fushilat: 15)

    Saya berdoa kepada Allah wahai saudara-saudara sekelian agar kalimat ini memberikan manfaatnya. Moga-moga Allah menerima amalan kita, memaafkan kesalahan dan mengampunkan segala dosa.


    Saya sudahi kata-kata ini dan saya memohon ampun dari Allah bagi diri saya dan kamu semua. Selawat dan salam ke atas Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah. Moga-moga Allah membalas kebaikan kepada kamu semua.”

    Melangkah...

  • gen14



  • Alhamdulillah..semuanya sudah mempersiapkan diri untuk kembali melihat pena dan segala-segala yang diperlukan untuk belajar..
    cuma kini kita bersama-sama menumpang gembira atas kejayaan beberapa oarang sahabat kita yang sudah peroleh tawaran untuk ke luar negara bagi menuntut ilmu
    dan berbakti kepada negara di kemudian hari ..Insya ALLAH...



    Perubatan Timur Tengah
    Persedian Timur Tengah INTECH UITM (Jordan)

    *Ahamad Muhammad Syamil bin Shuhardi

    Perubatan Timur Tengah
    Persedian Timur Tengah INTECH UITM (Mesir)

    *Ahamd Saifullah bin Fauzi

    Perubatan Timur Tengah

    Persedian Timur Tengah UKM (Mesir)

    *Muhammad Aiman bin Zainal Bahrin


    Kejuruteraan

    A-level Kolej MARA Seremban

    *Muhammad Faiz bin Zamzuri
    *Muhammad Aiman bin Aziz
    >



    Perubatan
    A-level
    *Wan Ernie Rosmira binti Wan Mohd Azam









    Bioteknologi


    A-level INTECH UITM

    *Siti Asyirah binti Ibrahim
    *Wahidatul Husna binti Zuldin
    Kejuruteraan
    A-level Malaysia-France Institute

    *Muhammad Syauqi bin Saifuddin

    Kejuruteraan
    A-level Germany-Malaysia Institute
    *Muhammad Afifi bin Mohd Daud


    Mathematics

    *Nurul Ain binti Fawzi


    Kejuruteraan
    (Amarika Syarikat)

    *Muhammad Farhan bin Abd Razak




    Kejuruteraan
    A-level ...

    *Muaz bin Zamri


    Farmasi
    Persedian UM (Jepun)

    *Masyitah binti Khairul Anuar


    Sains dan Kemanusian
    Persediaan UM (Jepun)

    *Nur Hidayah binti Mohamad




    Sastera dan Kemanusiaan

    *Amirul Iman bin Anuar


    tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang berjaya...Alhamdulillah ...







    Friends Forever

  • Tuesday, May 13, 2008
  • gen14
  • Our Memory

  • gen14
  • Berakhirnya Zaman Persekolahan

  • gen14
  • Alhamdulillah ANDA semua telah semua sudah tamat peperiksaan SPM dan kini memulakan satu jejak baru ke alam pengajian tinggi. Azam sudah, usaha sudah, bertawakkal dan pasrah pada Nya. Sekarang, hasil jerit payah anda kini sudah terjawab dengan keputusan SPM masing-masig. Nilai dan muhasabahlah sendiri sejauh mana ANDA telah berusaha. Kepada yang cemerlang sekalung tahniah, kepada yang kurang cemerlang, ini bukan pengakhiran. Usaha lagi.

    Berakhirnya SPM juga bermaka anda sudah meninggalkan zaman persekolhan. Setelah 11 tahun menjadi pelajar sekolah, 5@2 tahun di SMAP Kajang, kini ANDA akan berjalan sendiri, berdikari untuk terus maju ke hadapn dan menjejak kejayaan dan kegemilangan dunia dan akhirat.

    Mungkin sudah ada yang memulakan pelajaran mereka di peringkat tinggi sperti rakan-rakan di Matrikulasi KPM, dan ada pula yang bakal ke Matrikulasi UIAM, Asasi Um, UiTM, UPM, USIM, dan lain-lain lag. Paling membanggakan mereka yang tak lama lagi sudah tidak berda di Malaysia lagi. Ada pula yang masih kelir uuntuk membuat pilihan yang terbaik, belajar di dalam negara, atau luar negara. Terpulanglah kepada ANDA untuk menentukan masa depan ANDA. Tahniah kepada semua, ANDA menjadikan SMAP Kajang berbangga. Bagi yang tidak kemana-mana, jangan sudah berputus harap. Aggaplah ini ujian daripada Nya. Sesungguhnya lagi sayang Allah pada hamba Nya, lagi kuat Dia menguji.

    Rasanya sudah kering idea, tidak dapat lagi dikeluarkan buah fikiran yang bernas. Bahasa pun sudah semakin tidak formal. Apa pun, kepada ANDA semua, selamat maju jaya. Semoga Allah memberkati ANDA semua.

    ~fiRSt eNtry~

  • Tuesday, April 29, 2008
  • gen14
  • salamullahi'alik
    melangkah ke alam persekolahan
    membawa diri ke suatu zaman
    yang mengsyikkan
    mengukir suatu kisah
    yang tak mungkin luput dalam ingatan

    persahabatan yang telah kita bina dahulu
    takkan dibiarkan sahaja pergi
    kerana tali perhubungan itu
    dibina atas dasar ukhwah islamiah

    ayuh rakan2...
    sama2 kita menghubungkan kembali
    tali persaudaran yang telah kita bina
    mendekatkan semula ikatan ini
    kerana setiap jejak yang kita lalui sekarang
    membawa perubahan kepada kita
    dan merenggangkan tali persaudaran ini







    jangan biarkan ikatan persaudaran kita
    hanya lolos dan longlai ditelan arus perubahan
    yang yang setiap insan wajib menghadapinya
    kerana itulah hakikat kehidupan

    kepada semua rakan2
    mari kita teguhkan dan rapatkan
    ukhwah yang dibina atas dasar AGAMA

    kepada semua ahli batch bagi sesi2003-2007
    mari kita berhubung dengan blog ini
    jangan biarkan kita semakin berjauhan
    maklumkan segala aktiviti dan di mana anda berada sekarang
    dengan ini kita akan sling berhubung
    mulai hari ini sehinggalah ajal menjemput kita

    harap kita akan lebih dekat dengan adanya blog ini